Wednesday, November 28, 2007

MUSIM JOPON

Kampung Senama, Mukim Tanjung Keling, Daerah Rembau, Negeri Sembilan, adalah jauh letaknya dari medan medan pertempuran sengit seperti di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Tetapi urang urang kampung sedikit sebanyak merasai bahang pahit maung kehidupan semasa lima tahun dalam tawanan itu.

Jalan raya di hadapan Kampung Senama adalah laluan utama askar Jopon berjalan kaki dan berbasikal menuju Singapura. Ketika awal kemaraan askar askar Jepun, ramai orang kampung yang lari meninggalkan rumah halaman ke hutan dan bukit berdekatan dan menjalankan hidup dari buah buah dan ulam hutan dan ubi kayu dan pisang.

Apabila mereka kembali ke kampung halaman, ubi kayu dan pisang lah yang menjadi makanan harian, termasuklah makanan bayi yang baru lahir. Abang Bosa yang lahir beberapa bulan sebelum Jepun menyerah ada merasa ubi serta pisang lenyet sebagai makanan awalan. Tak hairan mengapa ketika itu beliau selalu kembung perut dan menangis kuat kuat lama lama sehingga terpaksa ditukar nama nya dari Mohammad Akhbar ke Abdul Wahab ke nama sekarang.

Atuk Bador mengajar di sekolah Jepun. Pengalaman pahitnya dengan askar Jopon ialah ketika mereka masuk kampung mencari 'misang' (perempuan). Atuk memberi mereka 'pisang' .


Mata duit Jepun waktu itu ialah duit kertas besar yang dipanggil 'duit pisang', oleh sebab ada gambar pokok pisang ditepinya.Duit pisang Jepun cepat susut nilainya akibat kenaikkan inflasi yang mendadak. Urang urang Kampung Senama mula menyedari Perang Dunia Kedua sudah tamat apabila mereka melihat banyak kereta kereta Jeep dan kereta kebal British ulang alik melalui jalan besar dihadapan kampung itu.

INDOK BIAH












Induk Biah adalah popular figure di Kampung Senama dan gigi rompong nya menjadi target gurau sendaan tak henti henti.Induk Biah dari warisan Ludek, selalu datang membantu mengasuh dari Kampung Chombong. Gigi tengah nya patah akibat terpeluk batang kelapa semasa latihan menunggang basikal. Khabarnya guru yang mengajar terlupa menunjukkan dimana letaknya brek dan kegunaan nya semasa melatih mengayuh dan mengimbang. Oooouucchchch!!!?.

Baby sitting belum ada waktu dahulu tetapi konsep nya sudah mula. Ketika ibu turun kesawah waktu pagi, anak ditinggalkan dengan pengasuh dari saudara mara secara sukarela. Institusi extended family memang hidup subur ketika itu. Rumah Atok Bador di Baroh satu satunya rumah yang mempunyai pengasuh anak kecil. Yang didukung ialah Abang Kocik. Yang mendukung Induk Biah. Yang berdiri Abang Bosa.

No comments: