Wednesday, November 21, 2007

PERKAHWINAN


Sejauh mana yang Abang Bosa ingat, upacara perkahwinan sering di adakan di Kampung Senama. Kejap kejap kahwin, kejap kejap kahwin.


Untuk anak anak ini masa kegembiraan oleh sebab banyak ada telor kahwin. Telor direbus dan di bubuh warna merah. Kemudian di cucuk dengan buluh yang di hujung nya ada bunga kertas. Pangkal buluh ini di cucuk banyak banyak ke dalam batang pisang atau pulut kuning dan di letakkan di laman rumah untuk tetamu. Adalah tukang yang menjaga telor telor ini supaya tidak di curi budak budak.



Yang datang dari luar kampung Abang Bosa tak kenal. Yang ini khabarnya dari Pilah.


Tetapi untuk Abang Bosa upacara perkahwinan ini amat stressful. Ia selalunya akan menyorok atau mengintai dari jauh sahaja.



Sebab Abang Bosa nampak pengantin perempuan yang pakai sanggul sarat di kepala itu rupanya macam hantu wayang Cina!!...


HIS MASTER'S VOICE

Omak amat meminati lagu lagu, pada mula nya kebanyakkan dari seberang. Radio belum ada. Rumah atok lah yang pertama mempunyai peti nyanyi gramophone jenis HMV (His Master's Voice), dengan label anjing duduk menghadap corong suara.



Peti nyanyi ini menggunakan motor spring dan perlu dikunci untuk memulakan nya.




Suaranya keluar dari geseran jarum melalui groove di piring hitam yang ditukarkan kepada odio oleh transducer dikepalanya dan diperkuatkan oleh corong besar dari kotak suara nya. Anak anak dan juga orang tua pada mula nya suka melihat kedalam corong suara itu untuk mencari orang yang empunya suara itu didalam nya.


Piring hitam nya ialah jenis vinyl bersaiz 78 rpm, senang retak dan pecah. Piring hitam yang retak mengeluarkan lagu berdetup detup dan lirikputus putus (jarum melompat). Satu daripada lagu retak yang Abang Bosa ingat hingga sekarang ialah lagu P. Ramlee dalam filem Rachun Dunia: "Dibawah langit biru, di lindung po...kayu" .

Piring hitam dicuci dengan minyak geh (minyak tanah).


Jarum yang sudah tumpul akan mengeluarkan suara serak. Jarum diasah kepada batu kalau jarum baru dalam bekas kecilnya sudah habis.

Lagu lagu yang popular ketika itu termasuklah Terang Bulan, Bengawan Solo, Selendang Merah, Keroncong Morisko, dan Indonesia Raya. Artiste setempat yang menjadi idaman ialah Momo dan Nona Asiah. Era filem P. Ramlee bermula pada tahun 1948, dengan filem Cinta, kemudian dituruti oleh Nur Asmara, Nasib, Nilam, Racun Dunia, Bakti, Takdir Illahi, Aloha, Penghidupan, dan Sejoli. Juita adalah filem terakhir sebelum keluarga berpindah meninggalkan kampung ke Kuala Lumpur. Pelawak pelawak yang mula terkenal waktu itu ialah D. Harris, A.R. Tompel, S. Shamsudin. Maka banyaklah lagu lagu dari filem ini diminati seperti Samba Lado, Di Renjis Renjis Di Pilis, Adam dan Hawa, Aloha, Sang Rembulan dan Racun Dunia. Yang terakhir ini dan lagu Bayangan Wajahmu amat diminati oleh Omak yang memainkan piring hitam nya berulang ulang kali sehari. Waktu itu Abah masih lagi berada di England.Pada tiap tiap tukaran filem di panggung Empire di Seremban, adalah rombongan dari kampung pergi menonton menaikki kereta sewa atau menumpang kereta Haji Hasan atau Ongah Baba. Dan apabila selesai menonton, adalah piring hitam lagu dari filem itu dibeli. Filem bukan hanya menjadi unsur hiburan ketika itu tetapi banyak mengajarkan liku liku hidup. Satu lagi unsur hiburan ketika itu ialah bangsawan dari Singapura yang menjelajah seluruh Tanah Melayu dengan Yem dan Aman Belon dan cerita cerita seperti Hang Tuah dan Jula Juli Bintang Tujuh.


MERANTAU


Satu persatu ahli ahli Warga Kampung Senama meninggalkan kampung berhijrah ke merata Semenanjung bermula dari keluarga Omak Leha yang berpindah ke Kuala Lumpur.Pada awal awal nya keluarga keluarga ini balik juga ke kampung berkumpul ketika Hari Raya. Lama kelamaan aktiviti balik kampung ini berkurangan sehingga tiada langsung.Ikatan kekeluargaan yang awal di pulihkan di antara keluarga keluarga yang meninggalkan Kampung Senama ini ialah antara Keluarga Omak Zaleha dengan Keluarga Ismail Talib di Kelantan

Pak Ngah Mail merantau ke Kelantan dan mendirikan rumah tangga di Pasir Mas.


Kak Munah mengikuti suaminya Bang Somah ke Tanjung Rambutan.


Indok Jami dan Pak Cik Gani berpindah ke Johor


Keluarga Mak Darek berpindah ke Gombak.


Keluarga Mak Long Aton dan Puk Long Suman pindah ke Singapura.

2 comments:

kaklangkayh said...

ASSALAAMUALAIKUM
LOOKED AROUND TO FIND A RECENT PICTURE OF YOU TO JOG MY MEMORY FROM THE 8TH DEC EVENT... ANOTHER REUNION MAYBE!
I RECOGNISE THE PICTURES OF A FEW DARI PILAH.. PL PUT PICTURES TOG FOR AN IDENTIFICATION OF EVERY INDIVIDUAL.
PICTURE OF WAN TEPOK BROUGHT BACK FOND MEMORIES. SHE WAS SPECIAL. KHASHIYAH BM HASHIM

dayana said...

pembetulan:
Haji Hassan itu bukan digelar Sidong kerana resdung tetapi Sidong itu adalah ayahnya.Sidong itu adalah seorang panglima tuanku yang kurang pasti yang mana satu semasa dia bertapak di istana raja Penajis dan dukun besar pada zamannya.
maklumat diperolehi adalah benar kerana mendapat kepastian dari salah seorang anaknya iaitu ateh Razak Segamat.harap maklum